Anak Pendidik Darul Iman Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

Salam Aidiladha dari Pengerusi APDI...



Selamat Hari Raya Aidiladha...


Selamat Bercuti....


Waaahhh.. Cuti sekolah tiba lagi... Selamat bercuti diucapkan kepada seluruh warga APDI.. Manfaatkanlah masa cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah.. Jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa.. Inilah masanya untuk berbakti kepada ibu bapa.. Catat sebanyak mungkin pengalaman dan kenangan manis sepanjang cuti ini.. Yang paling penting,, jaga keselamatan diri sepanjang cuti ini...Dan jangan lupa satu perkara lagi.... JUMPA DI REHLAH APDI......

CALON PENGHUNI SYURGA....



Suatu petang, sesudah menunaikan sembahyang Asar, Nabi Muhammad saw mengajar ilmu kepada sahabat-sahabatnya di masjid. Semasa beliau sedang asyik mengajar tiba-tiba, beliau berhenti sejenak. Semua sahabat tertanya-tanya.

“Dari arah ini, datang calon penduduk syurga, ’’ kata Nabi Muhammad sambil menuding jari ke arah yang dimaksudkan.

Semua mata tertumpu ke arah yang ditunjukkan Nabi Muhammad itu. Masing-masing mahu mengenali, siapakah gerangan orang itu. Tidak lama kemudian, seorang lelaki datang dari arah yang ditunjukkan. Seorang lelaki dusun. Lelaki itu masuk ke majlis Nabi Muhammad sambil memberi salam hormat dan bersembahyang asar. Selepas itu, dia terus pulang. Semua orang memerhatikan sahaja gelagatnya.

Keesokan harinya, Nabi Muhammad memberitahu hal yang sama. Lelaki itu juga yang datang. Dia tetap berkelakuan seperti semalam. Masuk hari yang ketiga, Nabi Muhammad tetap memberitahu hal yang sama. Ternyata, lelaki itu jugalah yang datang dan kelakuannya sama seperti hari-hari yang sebelumnya.

Kali ini, salah seorang sahabat Nabi Muhammad cuba mengekorinya dari jauh. Dia mendapati lelaki itu berasal dari desa yang bernama Sanah. Desa yang terpencil. Dia terus mengekori lelaki itu hingga ke rumah. Beliau mengambil keputusan menemuinya. Dia pun mengetuk pintu dan memberi salam hormat kepadanya. Lelaki itu menyambutnya dengan gembira.

“Saudara tetamu saya. Masuklah, ’’ katanya dengan mesra.

Sahabat Nabi Muhammad itu menerima pelawaannya dengan mesra. Dia segera masuk sebagai tetamu. Selama itu jugalah dia cuba mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. Dia mendapati lelaki dusun itu biasa-biasa sahaja. Sahabat Nabi Muhammad itu berasa hairan.

“ Saudara, apakah keistimewaan saudara? Nabi Muhammad mengatakan saudara adalah calon penghuni syurga,’’ tanya sahabat Nabi Muhammad ingin tahu.

Lelaki itu menundukkan kepalanya sebentar kemudian menoleh ke arah sahabat Nabi Muhammad.

“Saya seperti yang saudara lihat selama tiga hari ini. Tetapi saya sentiasa menjaga hati saya daripada pengaruh kejahatan dan kedengkian kepada sesiapapun juga,” katanya merendah diri.

Kagum sahabat Nabi Muhammad mendengarnya. Penjagaan hati itulah yang menjadikan dirinya istimewa. Seorang penghuni syurga.

“ Bertuah sungguh saudara,” sahut sahabat Nabi Muhammad itu dengan gembira.

Begitulah betapa besarnya pengaruh hati dalam menentukan di mana kedudukan kita pada hari kebangkitan nanti. Oleh itu, sebagai pengajaran untuk semua pembaca artikel ini, sama-samalah kita menjaga hati kita daripada cepat menaruh syak wasangka, iri hati, dan mendendami manusia...

Tanamlah sentiasa sifat husnuzzon sesama manusia agar kita sentiasa berada di bawah naunganNya.. ..Amin...

Yuran Tahunan APDI

PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI-AHLI APDI YANG DISAYANGI!!!

Kepada semua ahli-ahli APDI yang TIDAK naik bas free mase cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas,, tolong bayar yuran tahunan APDI untuk tahun 2009 sebanyak RM5 kepada wakil batch masing-masing secepat mungkin..

Kerjasama anda amatlah diharapkan.
Tolong sebarkan.

Terima kasih.

JANGAN BERPUTUS ASA.. BERUSAHALAH...


“Hah! banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram, marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.

Mukhlis pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Abdul Rahman begitu. ”Ab..bangun lah Ab..dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido..tak puas-puas lagi ke?” Mukhlis mengejutkan Abdul Rahman. Abdul Rahman bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring diatas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Ab? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Abdul Rahman. Mukhlis dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu. “abes tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Ab sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Mukhlis mengambil posisi di sebelah Ab.

“Aku geram lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat nak skor anugerah dekan? Aku dah buat semuanya,macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.9 je! Tak sampai 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Zaki tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat anugerah dekan jugak.” Luah Ab panjang lebar.
Mukhlis tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Ab, mintak doa banyak-banyak. Allah pasti makbulkan.Allah dah kata,‘berdoalah kepada aku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku?”
“Astaghfirullah AlAzim, jangan kau fikir macam tu.Tempis bisikan-bisikan syaitan seperti itu,Ab. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.”
“Aku tak nampak hikmahnya Mukhlis.Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku berdosa.” “Ok takpe, kita review balik hikmahnya.

Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.

Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.
Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?”

“Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim.. ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.”

Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana Allah.


oleh : loratadine088
editor : almusafirq8
www.iLuvislam.com

Selamat Menduduki Peperiksaan daripada Pengerusi APDI

Selamat Menduduki Peperiksaan...

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNTUK SEMUA WARGA IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM KHASNYA AHLI APDI...

SEMOGA KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA... BIL TAUFIQ WAL NAJAH..



"berusahalah... sesungguhnya kejayaan itu milik orang-orang yang berusaha dan tidak kenal erti putus asa..."