Anak Pendidik Darul Iman Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

MAJLIS BERBUKA PUASA

Alhamdulillah,, pada hari selasa (17 ogos 2010) yang lalu,, pihak pimpinan APDI telah berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa untuk semua ahli APDI di kafeteria pentadbiran, IPG-KPI.. walaupun cuaca yang tak mengizinkan, gerimis turun sepanjang petang.. namun tak mematahkan hasrat ahli PADI untuk datang ke majlis tersebut.. majlis yang telah dirancang yang bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara ahli APDI telah berjalan lancar dengan jayanya..

Sekitar jam 6.30 petang,, ahli APDI telah mula memenuhi kafeteria pentadbiran.. masuk sahaja kafeteria,, makanan telah terhidang di atas meja.. ahli APDI mengmbil tempat duduk masing-masing.. saudara solehin selaku pengerusi memberi kata-kata aluan dengan mengalu-alukan kedatangan ahli APDI pada petang itu.. saudara solehin juga memberikan sedikit taklimat mengenai bas untuk pulang pada hari raya nanti..

Seterusnya,, saudara muhammad membacakan doa dan apabila azan kedengaran,, semua sibuk menghadap juadah nasi minyak yang dihidangkan.. suasana yang pada awalnya riuh rendah menjadi sunyi sepi seketika.. hanya laungan azan yang kedengaran... semua ahli APDI sibuk mengutip pahala sunat mengawalkan waktu berbuka...

Majlis berbuka puasa tamat tepat jam 8 malam.. semoga majlis berbuka puasa ini mencapai matlamatnya iaitu untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli.. sekalung ucapan tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh pimpinan APDI kerana telah berjaya mengadakan majlis ini...

Sekian..

Ramadhan datang lagi....

Assalamualaikum wbt...

Setinggi lafaz syukur dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan izinNya, Alhamdulillah dapat lagi kita menyambut Ramadhan utk tahun 1431H iaitu pada tahun ini. InsyaAllah,..
Seluruh kepimpinan APDI mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga IPG Kampus Pendidikan Islam khususnya warga APDI sekalian.. jadikan ini Ramadhan yang terbaik utk kita seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir kita.. dan didoakan semoga ibadah kita diterima oleh Allah swt..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA....

15 ALASAN 'RINDUKAN' RAMADHAN

15 ALASAN 'RINDUKAN' RAMADHAN
Seperti seorang kekasih, selalu diharap kedatangannya. Rasanya tidak ingin berpisah walaupun hanya cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadith yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus."

Sesungguhnya, apa adanya di dalam Ramadhan itu, ikutilah berikut ini:

1. Gelaran taqwa

Taqwa adalah gelaran tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai hamba Allah.
Tidak ada gelaran yang lebih mulia dan tinggi dari itu. Maka setiap hamba yang telah mampu meraih gelaran taqwa, ia dijamin hidupnya di syurga dan diberi kemudahan-kemudahan di
dunia. Dan puasa adalah infrastruktur untuk mendapatkan gelaran taqwa itu.

"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
QS al-Baqarah: 183

Kemudahan-kemudahan yang diberikan Allah kepada hambanya yang taqwa, antara lain:


a. Jalan keluar dari semua masalah

Kemampuan manusia amat terbatas, sementara persoalan yang dihadapi begitu banyak. Mulai dari masalah dirinya, anak, isteri, saudara, orang tua, pejabat dan sebagainya. Tapi bila orang itu taqwa, Allah akan menunjukkan jalan bagi persoalan itu. Bagi Allah tidak ada yang sulit, kerana Dialah pemilik kehidupan ini.

"...Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar."
QS. Ath Thalaaq: 2

"...Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya."
QS. Ath Thalaaq: 4



b. Dicukupkan keperluannya

"Dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkan (keperluan)nya...."
QS. Ath Thalaaq: 3



c. Ketenangan jiwa, tidak khuatir dan bersedih hati

Bagaimana boleh bersedih hati, bila di dalam dadanya tersimpan Allah. Ia telah menggantungkan segala hidupnya kepada Pemilik kehidupan itu sendiri. Maka orang yang selalu mengingat-ingat Allah, ia bakal memperoleh ketenangan.

"Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa
bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
QS. al-A'raaf: 35


2. Bulan pengampunan

Tidak ada manusia yang tiada berdosa, sebaik manapun dia. Sebaik-baik manusia bukanlah yang tanpa dosa, sebab itu tidak mungkinterjadi. Manusia yang baik adalah yang paling sedikit dosanya, lalu bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

Kerana dosa manusia itu, maka Allah telah menyediakan alat penghapus yang canggih. Itulah puasa pada bulan Ramadhan. Beberapa hadith menyatakan demikian, salah satunya diriwayatkan Bukhari Muslim dan Abu Dawud, "Barangsiapa berpuasa pada bulan
Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."



3. Pahalanya dilipatgandakan

Tidak hanya pengampunan dosa, Allah juga telah menyediakan bonus pahala berlipat-lipat kepada sesiapapun yang berbuat baik pada bulan mulia ini. Rasulullah bersabda, "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya."
HR. Bukhari Muslim

Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakan amalan wajib.
HR. Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah

Maka perbanyakkanlah amal dan ibadah..


4. Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup

"Kalau tiba bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka, dan syaitan-syaitan terbelenggu."
HR Muslim

Kenapa pintu syurga terbuka? Kerana sedikit sahaja amal perbuatan yang dilakukan, boleh membawa seseorang itu ke syurga. Boleh diibaratkan, bulan puasa itu bulan "Sale". Orang yang tidak membeli akan merasa rugi. Amal sedikit saja dilipatgandakan ganjarannya
sedemikian banyak. Ganjaran itu untuk mendorong orang melakukan amal-amal kebaikan di bulan Ramadhan. Dengan demikian secara automatik pintu neraka tertutup dan tidak ada lagi kesempatan untuk syaitan menggoda manusia.


5. Ibadah istimewa

Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah melalui hadith qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku."
HR Bukhari Muslim

Menurut Quraish Shihab, ahli tafsir dari IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta, puasa dikatakan untuk Allah dalam erti untuk menauladani
sifat-sifat Allah. Itulah substance puasa.

Misalnya, dalam bidang jasmani, Allah tidak makan, tapi memberi makan. Itu ditauladani, maka ketika berpuasa kita tidak makan, tapi
kita memberi makan. Kita dianjurkan untuk mengajak orang berbuka puasa. Ini tahap dasar menauladani Allah.

Masih ada tahap lain yang lebih tinggi dari sekadar itu. Maha Pemurah adalah salah satu sifat Tuhan yang seharusnya juga kita tauladani.
Maka dalam berpuasa, kita dianjurkan banyak bersedekah dan berbuat kebaikan. Tuhan Maha Mengetahui. Maka dalam berpuasa, kita harus banyak belajar. Belajar boleh melalui membaca Al-Qur'an, membaca kitab-kitab yang bermanfaat, meningkatkan pengetahuan ilmiah.

Allah swt setiap saat sibuk mengurus makhluk-Nya. Dia bukan hanya mengurus manusia. Dia juga mengurus binatang. Dia mengurus semut. Dia mengurus rumput-rumput yang bergoyang. Manusia yang berpuasa
menauladani Tuhan dalam sifat-sifat ini, sehingga dia harus selalu dalam kesibukan.

Perlu ditekankan menauladani Tuhan itu sesuai dengan kemampuan kita sebagai manusia. Kita tidak mampu untuk tidak tidur sepanjang malam, tidurlah secukupnya. Kita tidak mampu untuk terus-menerus tidak makan dan tidak minum. Kalau begitu, tidak makan dan tidak minum cukup sejak terbitnya fajar sampai tenggelamnya matahari
saja.


6. Dicintai Allah

Nah, seseorang yang meneladani Allah sehingga dia dekat kepada- Nya. Bila sudah dekat, minta apa saja akan mudah dikabulkan. Bila Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadith Qudsi, "Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya."
HR Bukhari

7. Doa dikabulkan

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang berdoa apabila dia berdoa, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku."
QS. al-Baqarah: 186

Memperhatikan penyusunan kalimah ayat di atas, bererti ada orang berdoa tapi sebenarnya tidak berdoa. Iaitu doanya orang-orang yang tidak memenuhi syarat. Apa syaratnya? "maka hendaklah mereka itu
memenuhi (segala perintah) Ku."

Benar, berdoa pada Ramadhan mendapat tempat khusus, seperti dikatakan Nabi saw, "Tiga doa yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan doanya orang teraniaya.
Allah mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu- pintu langit. 'Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang."
HR Ahmad dan Tirmidzi

Namun harus diingat bahawa segala makanan yang kita makan, kesucian pakaian, kesucian tempat, itu mempunyai hubungan yang erat
dengan pengabulan doa. Nabi pernah bersabda, ada seorang yang sudah lusuh pakaiannya, kusut rambutnya berdoa kepada Tuhan. Sebenarnya keadaannya yang lusuh itu dapat membawa doanya dia diterima. Tapi kalau makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya yang dipakainya diambil dari barang yang haram, bagaimana dapat dikabulkan doanya?

Jadi doa itu berkait erat dengan kesucian jiwa, pakaian dan makanan. Di bulan Ramadhan jiwa kita diasah hingga bersih. Semakin bersih jiwa kita, semakin tulus kita, semakin bersih tempat, pakaian dan makanan, semakin besar kemungkinan untuk dikabulkan doa.

8. Turunnya Lailatul Qadar

Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan.
QS. al-Qadr

Dikatakan mulia, pertama lantaran malam itulah awal Al-Qur'an diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah diturunkan pada
malam itu.

Beberapa hadith shahih meriwayatkan malam laulatul qadar itu jatuh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Seperti dirawikan Imam Ahmad, "Lailatul qadar adalah di akhir bulan Ramadhan tepatnya di sepuluh terakhir, malam keduapuluh satu atau duapuluh tiga atau duapuluh lima atau duapuluh tujuh atau duapuluh sembilan atau akhir malam Ramadhan. Barangsiapa mengerjakan qiyamullail (sholat malam) pada malam tersebut kerana mengharap redha-Ku, maka diampuni dosanya yang lampau atau yang akan datang."

Mengapa di akhir Ramadhan, bukan pada awal Ramadhan? Oleh kerana dua puluh malam sebelumnya kita mengasah dan mengasuh jiwa kita.
Itu adalah suatu persiapan untuk menyambut lailatul qadar.

Ada dua tanda lailatul qadar. Al Qur'an menyatakan, "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat JIbril dengan izin Tuhan
mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh)kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar.
QS al-Qadr: 4-5

Malaikat bersifat ghaib, kecuali bila berubah bentuk menjadi manusia. Tapi kehadiran malaikat dapat dirasakan. Syekh Muhammad
Abduh menggambarkan, "Kalau anda menemukan sesuatu yang sangat berharga, di dalam hati anda akan tercetus suatu bisikan, 'Ambil barang itu!'
Ada bisikan lain berkata, 'Jangan ambil, itu bukan milikmu!'

Bisikan pertama adalah bisikan syaitan. Bisikan kedua adalah bisikan malaikat." Dengan demikian, bisikan malaikat selalu mendorong seseorang untuk melakukan hal-hal positif. Jadi kalau ada seseorang yang dari hari demi hari sisi kebajikan dan positifnya terus bertambah, maka yakinlah bahawa ia telah bertemu dengan lailatul qadar.


9. Meningkatkan kesihatan

Sudah banyak terbukti bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan. Misalnya, dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat
beristirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh
memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. Empat jam diproses di dalam perot dan empat jam di usus kecil (ileum).

Jika malam sahur dilakukan pada pukul 4.00 pagi, bererti pukul 12 tengahari alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 tengahari sampai waktu berbuka, lebih kurang selama enam jam, alat pencernaan mengalami istirahat keseluruhannya.

Meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Berdasarkan penelitian yang dilakukan para ahli kesihatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah putih secara automatik akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Menghalang perkembangan atau pertumbuhan bakteria, virus dan sel kanser. Dalam tubuh manusia terdapat parasit-parasit yang menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan pemasukan makanan, maka kuman-kuman penyakit seperti bakteria-bakteria dan sel-sel cancer tidak akan dapat bertahan hidup. Mereka akan keluar melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.

Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun, mempercepat regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam perut, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis
organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan saraf.

10. Penuh harapan

Ketika berpuasa, ada sesuatu yang diharap-harapkan. Harapan itu kian besar menjelang petang. Sehari penuh menahan lapar dan dahaga, lalu datang waktu berbuka, wah... rasanya lega sekali. Alhamdulillah. Itulah harapan yang terkabul. Apalagi harapan bertemu Tuhan, masya' Allah, menjadikan hidup lebih bermakna.

"Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, iaitu tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya."
HR. Bukhari

11. Masuk syurga melalui pintu khusus, Rayyaan

"Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pintu yang disebut rayyan yang akan dilalui oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat
nanti, tidak diperbolehkan seseorang melaluinya selain mereka. Ketika mereka dipanggil, mereka akan segera bangkit dan masuk semuanya kemudian ditutup."
HR. Bukhari



12. Minum air telaganya Rasulullah saw

"Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka itu menjadi keampunan bagi dosa-dosanya, dan mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang lain.

Mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.'

Beliau berkata, 'Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu... Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah
akan memberinya minum seteguk dari telaga dimana ia tidak akan haus hingga masuk syurga."
HR. Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

13. Berkumpul dengan sanak keluarga

Pada 1hb Syawal umat Islam merayakan Hari Raya Idil Fitri. Inilah hari kemenangan setelah berperang melawan hawa nafsu dan syaitan selama sebulan Ramadhan. Ketika itu orang ramai melakukan silahtuhrahim dan saling memaafkan satu dengan yang lain. Termasuk kerabat-kerabat jauh yang datang berkunjung. Orang-orang yang bekerja di kota pulang untuk merayakannya di kampung bersama kedua orang tuanya. Maka setiap hari raya selalu terjadi pemandangan khas, iaitu orang berduyun-duyun dan berhimpit-himpit menaiki kenderaan mudik ke kampung halaman.

Silahturahim dan saling memaafkan itu menurut ajaran Islam boleh dilakukan bila-bila saja. Tidak semestinya pada Hari Raya sahaja. Tetapi itu juga tidak dilarang. Justeru itu momentum yang seeloknya. Mungkin, pada hari biasa kita sibuk dengan urusan masing-masing, sehingga tidak sempat lagi menjalin hubungan dengan tetangga dan saudara yang lain.

Padahal silahturahim itu dianjurkan Islam, sebagaimana dinyatakan hadith, "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahim!"
HR. Bukhari

14. Qaulan tsaqiilaa

Pada malam Ramadhan ditekankan disunnahkan untuk melakukan solat malam dan tadarus al-Qur'an.
Waktu paling baik menunaikan solat malam sesungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir.
QS Al Muzzammil: 3

Tetapi demi kesemarakan syiar Islam pada Ramadhan ulama membolehkan melakukan solat sunat tarawikh pada awal malam setelah solat isya'
dengan berjemaah di masjid. Solat ini lebih popular disebut solat sunat tarawikh.

Solat malam itu merupakan peneguhan jiwa, setelah siangnya sang jiwa dibersihkan dari nafsu-nafsu kotor lainnya. Ditekankan pula
selesai solat malam untuk membaca al-Qur'an secara tartil (memahami maknanya). Dengan membaca al-Qur'an, seseorang bakal mendapat wawasan-wawasan yang luas dan mendalam kerana al-Qur'an merupakan sumber pengetahuan dan ilham.

Dengan keteguhan jiwa dan wawasan yang luas itulah Allah kemudian mengurniakan qaulan tsaqiilaa (perkataan yang berat). Perkataan- perkataan yang berwibawa. Ucapan-ucapannya selalu berisi kebenaran. Maka orang-orang yang suka melakukan solat malam wajahnya bakal memancarkan kewibawaan.

15. Hartanya disucikan

Setiap Muslim yang mampu pada setiap Ramadhan diwajibkan mengeluarkan zakat. Ada dua zakat,iaitu fitrah dan harta. Zakat
fitrah besarnya 2.5 kilogram per orang berupa bahan-bahan makanan pokok. Sedangkan zakat harta besarnya 2,5 peratus dari seluruh kekayaannya bila sudah mencapai batas nisab dan waktunya.

Zakat disamping dimaksudkan untuk menolong fakir miskin, juga guna menyucikan hartanya. Harta yang telah disucikan bakal mendatangkan berkat dan menghindarkan pemiliknya dari seksa api neraka. Harta yang berkat akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Sebaliknya, harta yang tidak berkat akan mengundang kekhuatiran dan ketidaksejahteraan...
Wallahu'alam...
Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik dah naik semester 2 rupenye... Semester nie kita menerima adik2 PPISMP baru dan yang istimewanya,, kebanyakan daripada mereka datang dari kepulauan Borneo.. waaa... Sabah dan sarawak yaa... selamat datang semua..
Dan yang menariknya,, pelajar2 PPISMP nie juga ada datangnya dari Terengganu seramai 12 orang iaitu 10 lelaki dan 2 perempuan... kami warga APDI mengucapkan selamat datang.. selamat menjadi warga IPG-KPI dan warga APDI.. semoga kalian dapat menyesuaikan diri di tempat baru..

Tips Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum....

Musim peperiksaan dah menjelma.. Semoga tips menjelang pepriksaan ini bermanfaat untuk semua... Bittaufiq wannajah untuk semua warga APDI ^.^


1. Belajar secara bersistem. Tetapkan berapa jam untuk belajar setiap hari.

Ia sangat penting untuk memahami topik baru dan mengulangkaji topik yang lama secara tersusun. Tentukan satu hari dalam seminggu untuk mengulangkaji topik minggu tersebut.


2. Tumpuan yang berterusan. FOKUS!

Mereka yang selalu terkedepan adalah mereka yang fokus ketika pengajian, ketika belajar dan mengulangkaji.


3. Mengenalpasti perkara-perkara yang tidak difahami.

Mereka yang mengenalpasti apa yang tidak difahami dan membincangkannya dengan tenaga pengajar samada ketika sesi pengajian ataupun diluar waktu pengajian mempunyai ciri-ciri pelajar cemerlang.


4. Menetapkan objektif-objektif yang hendak dicapai dan sentiasa berusaha untuk mencapai objektif tersebut.

Menyelesaikan tugasan dan tidak bertangguh serta mereka alasan.

Persediaan peperiksaan bukanlah dibuat seminggu sebelum peperiksaan atau sehari sebelumnya tetapi ia merupakan proses yang berterusan bermula dari hari pertama pengajian.


5. Dapatkan tidur yang mencukupi pada malam peperiksaan. Tidur tidak kurang 6-7 jam agar mudah untuk bangun solat subuh.

Jangan tidur selepas subuh dan gunakan masa itu untuk mengulangkaji. 1 jam pada waktu pagi menyamai 3 jam atau lebih berbanding waktu malam. Sebaiknya jauhi bahan-bahan perangsang seperti teh atau kopi.


5. Sediakan alat tulis yang diperlukan ketika peperiksaan.


6. Pastikan anda tahu subjek yang akan diambil, waktu dan tempat peperiksaan mengikut jadual yang disediakan.


7. Berusaha untuk bersarapan pagi dan menikmatinya dengan tenang.

Seboleh mungkin elakkan makanan berkarbohidrat, sebaliknya makanlah makanan berprotein tinggi.


8. Sewaktu dalam perjalanan ke dewan peperiksaan, jangan cuba berbincang dengan rakan-rakan tentang tahap ulangkaji mereka.

Ini akan membawa kepada perasaan rendah diri dan risau. Ia akan menimbulkan gangguan ketika peperiksaan.


9. Bertawakal kepada Allah s.w.t dan yakin dengan diri anda.

Mungkin kita akan rasa bahawa kita lupa sebahagian topik-topik, ini merupakan perkara biasa namun kita akan mengingati setiap perkara apabila bermula proses menjawab nanti inshaAllah. Firman Allah s.w.t.: “Kami tidak akan menghilangkan pahala orang yang berusaha memperbaiki amalnya.” (Surah Al-Kahfi : 30)


10. Duduk di tempat anda. Cubalah berfikiran positif dan optimis. Ucaplah bismillah dan diikuti oleh doa.

Jangan pedulikan dengan sedikit perasaan risau tetapi yakinlah dengan diri dan kemampuan sendiri. Ingatkan diri bahawa kita telah mengulangkaji, mengerahkan seluruh usaha dan telah bersedia untuk saat ini.


11. Sewaktu mendapat kertas jawapan, pastikan setiap maklumat peribadi ditulis dengan jelas di tempat yang sepatutnya.

Baca taklimat atau penerangan dengan baik, dan pastikan anda mengikutinya. Dengar penerangan daripada pengawas peperiksaan dan cuba patuhi arahan yang diberikan.


12. Setelah menerima kertas soalan, sila pastikan bilangan kertas soalan dengan tepat dan peruntukkan masa yang sesuai untuk menjawabnya.

Berikan perhatian yang lebih kepada soalan-soalan yang tinggi nilai markahnya. Bahagikan masa yang ada dengan bilangan soalan yang perlu dijawab serta sediakan masa untuk semakan semula jawapan.


13. Serahkan kertas jawapan kepada pengawas peperiksaan setelah segalanya selesai disemak.

Pastikan nombor kepada soalan yang dijawab ditulis dengan jelas.


14. Ambillah pengajaran dari pengalaman peperiksaan kali ini buat masa yang akan datang.

Ini adalah kerana perjuangan untuk mencapai kejayaan masih belum selesai walaupun peperiksaan sudah berakhir.


15. Berjanjilah untuk membuat yang lebih baik pada masa hadapan.

Mintalah pertolongan daripada Allah s.w.t dan jangan berasa lemah. Bermujahadahlah dan susun waktu untuk belajar dari awal.


Lapar Rasulullah S.A.W


Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: "Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"
Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya bahawa: "Pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya."
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: "Aku pernah datang kepada Rasulullah saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.' (Kanzul Ummal 4:41)
Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.ha. dia berkata: "'Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah Saw tidak pernah berasap.' Berkata Urwah ra: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab Aisyah r.ha: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah Saw dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: "Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.ha. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: 'Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.ha menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah saw telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)
Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: "Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah saw maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)
Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya: "Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)
Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata: "Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi saw ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!" (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).
Muhasabah untuk sama-sama kita renungkan.
www.iluvislam.com
dihantar oleh: CoolServant
editor: deynarashid

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Hmm.. musim peperiksaan dah menjelma lagi.. masing-masing makin sibuk dengan persediaan untuk dapat keputusan yang cemerlang... ada sesetengah yang dah mula demam peperiksaan.. ke mana di tuju,, mesti buku bersama.. even ke tandas pun.. pasti buku bersama... tapi jangan lupa satu perkara.. dalam sibuk mengejar kejayaan,, tanggungjawab jangan diabaikan.. tanggungjawab paling besar terhadap Allah s.w.t jangan diabaikan.. dan yang penting,, tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa.. walau sibuk dengan urusan periksaan,, ibu bapa di kampung jangan di lupa.. sentiasa bertanya khabar mereka.. minta restu mereka untuk menghadapi peperiksaan nie.. biarlah kejayaan yang diperoleh seiring dengan keredhaan daripada ibu bapa...

Akhir kata,, pimpinan APDI mengucapkan selamat menempuh ujian akhir semester untuk semua warga IPG- Kampus Pendidikan Islam khususnya ahli-ahli APDI.. semoga kejayaan milik kita bersama... bil taufiq wannajah untuk semua... (",)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Anak-anak Terengganu di bumi IPIS sekalian... Sekarang masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing terutama sekali demam assigment yang melanda sekarang.. Selepas satu assigment dihantar,, berganda assigment yang diterima... Bak kata pepatah,, "Yang patah tumbuh,, yang hilang berganti".. Tapi adat seorang penuntut ilmu,, itu adalah salah satu lumrah kehidupan yang kita harus terima dalam mendidik dan melatih untuk menjadi pendidik pada suatu hari nanti...

Dalam keasyikan kita berhadapan dengan tanggungjawab dalam hidup ini,, sedar tidak sedar,, sudah agak lama kita tidak berkumpul sesama ahli APDI.. Sahabat sekalian,, Rehlah APDI bukan yang terakhir tetapi sebaliknya Rehlah APDI merupakan salah satu permulaan pertemuan hati-hati kita dalam menjalinkan ukhuwwah sesama ahli..

Kini kita lihat,, banyak persatuan anak negeri yang telah lahir di bumi IPIS ini selepas lahirnya Persatuan Anak Pendidik Darul Iman.. Sebagai ahli APDI,, seharusnya kita berbangga dengan hakikat itu.. Oleh itu,, pimpinan APDI sedang merencana satu pertemuan dalam masa terdekat ini sesama ahli APDI.. Diharapkan penglibatan ahli-ahli APDI terus aktif untuk memastikan anak Terengganu terus maju di bumi IPIS ini.. InsyaAllah.. Wassalam... (",)

Salam Maulidur Rasul dari seluruh pimpinan APDI



Untukmu Muhammad

Nur itu turun menerangi,
Membuka lipatan sejarah,
Makkah bersinar memalapkan api majusi,
Hamparan diri merendah sujud menghadap Ilahi,
Di bahumu hujan maha lebat membasahi,
Tugasan mendatang diiring sarat zikir malaikat,
Cakerawala tersenyum lambang diri kami,
Akulah kami penuh pengharapan.

Nur itu turun menerangi lagi,
Menyampaikan mukjizat kalam pertama, Iqra!!!
Muhammad diam...bungkam dalam kelamnya hira’,
Membalut lembar selimut meliputi tubuh,
Khadijah menggunung sayang mengusapi peluh,
Membuang segala makruh,
Lalu iqra’ pun mengalir,
Di bibir para sahabat,
Di lidah membasahi hati para syuhada’,
Dalam debu melingkar nurani anbia’,
Semesta terang menembus langit dipasak sinar al-quran dan as-sunnah,
Tumpah membasahi lautan ummah,
Akulah ummah.

Kini nur itu turun lagi menerangi,
Menghampar masa membuka gapura cerita,
Cerita sayu umatnya yang menderita,
Akulah ummat Muhammad,
Menghampakan Muhammad di sana yang menangis hiba..

Mawlaya - Muhammad al-Husyan




14 Februari : Hari Apakah Itu Bagi Seorang Muslim?

Perayaan adalah sesuatu yang mengiringi fitrah kehidupan manusia. Ia adalah hari manusia memecahkan rutin kehidupan dengan melakukan sesuatu yang dikhususkan pada hari berkenaan dengan tujuan yang pelbagai. Kerana itulah, setiap bangsa manusia mempunyai perayaan mereka yang tersendiri. Ia disambut dengan pelbagai cara, dengan sebab, “˜sempena”™ dan matlamat yang berbeza-beza.

Islam sebagai cara hidup fitrah yang telah Allah sempurnakan ciri-ciri dan kemampuannya, turut menggariskan perayaan bagi umatnya. Sebagai umat Islam, perayaan turut menjadi salah satu cabang hidup yang mesti kita tempuhi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Hadith Abu Daud yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A secara jelas menegaskan bahawa Allah SWT telah memperuntukkan bagi umat Islam dua perayaan bagi menggantikan segala bentuk keraian yang diwarisi dari zaman jahiliah dan sumber yang tidak Islam. Dua perayaan berkenaan adalah Aidilfitri dan Aidiladha. Inilah dua hari yang bukan sahaja menjadi hari perayaan, bahkan Allah SWT menuntut kita agar tidak alpa dari me”raya”kannya. Puasa yang menjadi ibadah yang dipuji Allah, diharamkan pada dua hari berkenaan supaya umat Islam menyambutnya dengan sempurna dan tidak berlebih-lebihan di dalam ibadah sehingga ia “˜disangka taqwa”. Akan tetapi, dengan pertemuan Islam bersama bangsa lain, dan nilai iman yang corot, umat Islam mula meniru amalan yang tiada kena mengena dengan agamanya. Apatah lagi di dalam keadaan mereka yang bermastautin di negara bukan Muslim.

Di suatu ketika, seorang sahabat Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang dahulunya seorang Nasrani, iaitu ‘Adi bin Hatim radhiyallaahu ‘anhu, bertanya kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Siapakah yang dimaksudkan dengan al-maghdhoob ‘alayhim (golongan yang dimurkai Allah) seperti yang tersebut di dalam surah al-Fatihah? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Yahudi”. Adi bertanya lagi: siapakah pula yang dimaksudkan sebagai al-dhaalloon (golongan yang sesat) itu? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Nasrani”. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad serta dinilaikan sebagai sahih.

Biar pun pada aqidah kepercayaan kaum Yahudi itu ada sesatnya, namun mereka lebih menonjol sebagai golongan yang banyak menimbulkan kerosakan yang mengundang murka Allah. Begitu juga dengan kaum Nasrani, walaupun terdapat juga perlakuan mereka yang merosakkan dan mencetuskan murka Allah, namun mereka lebih menonjol sebagai kaum yang mendatangkan kepercayaan yang sesat dan mengelirukan. Justeru Yahudi disimbolkan sebagai KAUM YANG DIMURKAI-NYA, manakala kaum Nasrani pula dilabelkan sebagai KAUM YANG SESAT.

Setiap hari, seorang Muslim bersolat dan membaca Surah al-Fatihah berulang-ulang kali. Pengulangan ini merupakan sebab mengapa surah al-Fatihah dinamakan juga sebagai al-Sab’u al-Mathaani yang bermaksud 7 ayat yang diulang-ulang. Pengulangan berlaku dalam kehidupan kita apabila ia merupakan sesuatu yang amat penting, teras dan dasar yang manusia tidak boleh hidup tanpanya. Kerana itu kita diajar, dipaksa malah mungkin dirotan agar mengulang-ulang hafalan kita terhadap sifir di dalam Matematik, kerana sifir itu adalah teras dan dasar ilmu pengetahuan yang kita sulit hidup tanpanya.

Di dalam surah al-Fatihah yang diulang-ulang sebanyak 17 kali sehari itu, kita berulang kali merayu kepada Allah Subhanahu wa Ta’aala agar mengekalkan diri di dalam petunjuk-Nya, hidup sebagai sebahagian daripada alladheena an’amta ‘alayhim (golongan yang Engkau kurniakan nikmat ke atas diri mereka). Golongan ini diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam surah al-Nisaa’ ayat 69 sebagai:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)” [al-Nisaa’ 4: 69]

Berusaha untuk menjadi kaum yang beroleh rahmat dan karunia nikmat dari Allah, tidak sempurna jika sekadar mengejar Islam, tanpa menolak dan menghindarkan diri daripada lawan Islam iaitu Jahilillah. Sebagaimana kita berulang kali memohon hidayah-Nya, kita juga berulangkali mengisytiharkan penolakan kita kepada cara hidup kaum yang dimurkai Allah dan cara hidup kaum yang sesat dan bingung kepercayaannya. Itulah intipati erti jati diri seorang Muslim. Tersendiri pada kepercayaan dan cara hidupnya. Istimewa dan unik mengatasi kaum yang bersalut murka dan dusta.


Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya”
(Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)

Ketinggian Islam itu bukanlah terletak pada nasab keturunan, bersikap hidung tinggi merasakan diri sebagai kaum pilihan Tuhan, tanpa sebarang nilai dan pengorbanan. Tingginya Islam adalah pada keluhuran prinsipnya dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, serta hubungan manusia sesama manusia. Islam menjelaskan dengan terang dan nyata akan erti hablun Minallaah, Islam menghuraikan Aqidah dengan luhur dan jelas sandaran. Islam juga memuliakan manusia dengan meninggikan keistimewaan manusia iaitu pada akal fikirannya. Justeru tidak tahyul dan pemaksaan kepercayaan kepada kita dalam melengkapkan diri sebagai seorang Muslim. Semuanya jelas dan luhur, serta mampu dipercayai oleh seorang manusia dan upaya dirinya.

Itulah Islam.

Bukan sahaja memurnikan jalan berTuhan dalam kehidupan, Islam juga mengatur hubungan manusia sesama manusia dengan sebaiknya. Islam menganjurkan perbuatan baik dan perkongsian manfaat sesama manusia, memuliakan keadilan, mengharam serta memerangi kezaliman dan penindasan.

Itulah Islam.

Kemuliaan yang bukan sebagai sebuah hadiah pemberian, tapi ganjaran atas mujahadah dan pengorbanan kita mencari kemuliaan itu. “Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya” (Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)

Ketinggian Islam itu bukanlah terletak pada nasab keturunan, bersikap hidung tinggi merasakan diri sebagai kaum pilihan Tuhan, tanpa sebarang nilai dan pengorbanan. Tingginya Islam adalah pada keluhuran prinsipnya dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, serta hubungan manusia sesama manusia. Islam menjelaskan dengan terang dan nyata akan erti hablun Minallaah, Islam menghuraikan Aqidah dengan luhur dan jelas sandaran. Islam juga memuliakan manusia dengan meninggikan keistimewaan manusia iaitu pada akal fikirannya. Justeru tidak tahyul dan pemaksaan kepercayaan kepada kita dalam melengkapkan diri sebagai seorang Muslim. Semuanya jelas dan luhur, serta mampu dipercayai oleh seorang manusia dan upaya dirinya.

Itulah Islam.

Bukan sahaja memurnikan jalan berTuhan dalam kehidupan, Islam juga mengatur hubungan manusia sesama manusia dengan sebaiknya. Islam menganjurkan perbuatan baik dan perkongsian manfaat sesama manusia, memuliakan keadilan, mengharam serta memerangi kezaliman dan penindasan.

Itulah Islam!

Kemuliaan yang bukan sekadar sebagai sebuah hadiah pemberiaan, tapi ganjaran atas mujahadah dan pengorbanan kita mencari kemuliaan itu. Perayaan-perayaan bukan Islam seperti Hari Krismas dan Hallowen saling mengunjungi, bukan sahaja dengan sebutan-sebutan mulut malah turut hadir bersama jualan murah di kedai-kedai, promosi besar-besaran di media dan hiasan-hiasan di sepanjang jalan. Semua itu sudah tentu menjadi perang psikologi, sehinggakan mereka yang tidak turut serta, boleh terasa janggal, dicemuh sebagai “anti sosial” atau apa-apa label yang kurang menyelesakan. Tidak lama lagi, Hari Valentine pula muncul. Anak-anak muda, malah mungkin juga yang sudah “out of season” sedang menanti apakah surprise yang bakal disediakan oleh insan tersayang, menjelang 14- Februari akan datang. Apa kata, 14 Februari ini kita sediakan surprise yang paling bermanfaat, iaitu penjelasan berikut:

Di dalam sepotong Hadith yang terdapat di dalam Sunan Abi Dawood, Rasulullah SAW telah bersabda,

“Barangsiapa yang meniru atau berkumpul meramaikan sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”

Menjelang 14 Februari, kaum Nasrani dan masyarakat Barat sibuk meraikan Hari Valentine. Hari Kekasih yang disandarkan secara sejarahnya kepada Valentine of Rome, peristiwa mengenang Saint Valentine yang dikebumikan di Via Flaminia sekitar tahun 269M. Hari Valentine yang mengalami pelbagai penafsiran di sepanjang sejarah Eropah Moden akhirnya menjadi hari memuja kekasih, tidak terhad hanya kepada nilai, cara hidup dan kaum Nasrani di Barat, malah akhirnya menyerap sebagai budaya kaum Asia. Malang sekali, ritual yang tidak punya sebarang kaitan dengan kita sebagai kaum Muslimin, sedikit demi sedikit terserap sebagai budaya dan amalan anak-anak muda kita. Perlu ditegaskan, seorang suami berkewajipan menghargai sang isteri, begitu juga seorang isteri terhadap suaminya. Ia adalah sebesar-besar ajaran Islam. Namun penghargaan yang ingin diberi, telah ada caranya menurut ajaran Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tidak seharusnya kita mengambil ritual kaum lain, apatah lagi dosa di atas dosa, tatkala penghargaan itu adalah pada sebuah perhubungan di luar akad perkahwinan!

Para kekasih dan teman akrab, pada hari itu, akan saling menjadi musuh di antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]

Para kekasih yang berkasih dalam belenggu dosa, kasihnya hanya hiasan nafsu di dunia. Di akhirat kelak, tatkala para kekasih ini berdepan dengan keputusan Allah ke atas mereka, setiap seorang akan bermusuhan dengan orang yang pernah dikasihinya, kerana masing-masing mahu menyelamatkan diri. Hanya yang bertaqwa sahaja beroleh jemputan berikut:

Mereka – yang bertaqwa – itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): “Wahai hamba-hamba-Ku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita”.(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,


(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43 : 68-4-70]

Jika mahu membalas cinta, balaslah dengan cara yang menyampaikan dua kekasih itu ke syurga. Bukan cinta berbalas dosa.Bukanlah soal bunga ros atau sekeping kad itu yang menjadi persoalan, tetapi kemusnahan jati diri sebagai seorang Muslim, dan sikap terhegeh-hegeh meniru segala yang datang daripada Barat itulah yang menjadi persoalannya.

Syaikhul Islam Ibnu Taymiah menulis di dalam kitabnya Iqtidha al-Sirat al-Mustaqeem (jilid 1, muka surat 470) menyebut, “Terdapat beberapa noktah penting yang mesti diberi perhatian apabila kita membincangkan tentang perayaan dan hari kebesaran golongan bukan Islam. Pertama; perayaan, hari kebesaran dan amalan adalah peraturan, undang-undang dan cara hidup dalam konteks yang luas. Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran, “Bagi setiap umat itu telah Kami jadikan bagi mereka amalan yang mereka ikuti.” (Al-Hajj: 67) .

Tiada bezanya menyertai mereka di dalam perayaan dengan meyertai mereka di dalam amalan-amalan mereka yang lain. Bersetuju dengan perayaan mereka, adalah merupakan persetujuan ke atas perkara kufur. Bersetuju dengan mana-mana aspek kecil kepercayaan mereka adalah sama dengan kepercayaan terhadap cabang kufur. Malah, hari kebesaran (Holiday) dan perayaan salah satu kaedah utama yang membezakan adat dan undang-undang di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ia juga merupakan amalan yang paling menonjol bagi satu-satu bangsa. Redha dan bersetuju dengan perayaan itu adalah persetujuan terhadap perbuatan kufur paling khusus yang menjadi simbol bagi amalan dan cara hidup mereka. Tidak syak lagi, persetujuan seperti itu atau meletakkan diri pada ikutan terhadap situasi sedemikian rupa, hanya merebakkan kekufuran.”

Ini merupakan sedutan daripada kenyataan Syaikhul Islam Ibnu Taymiah yang cuba untuk memahamkan kita bahawa pesta-pesta dan sempena yang terhadap di sekeliling kita ini adalah simbol kepada cara hidup golongan bukan Islam. Tidak timbul soal sekadar hendak berseronok atau belajar bersosial, jika yang dilakukan itu adalah cabang redha kepada kufur yang hanya menatijahkan kemurkaan Allah SWT.

Lanjutan hal tersebut, para Ulama juga telah menegaskan bahawa perbuatan menyampaikan tahniah kepada golongan bukan Islam sempena hari kebesaran dan perayaan mereka, adalah sesuatu yang dilarang. Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Dhimma (jilid 1, muka surat 205) menulis, ” Memberikan tahniah pada perayaan-perayaan tertentu yang dikhususkan kepada bukan Muslim dengan menyebut “Blessed holiday for you” atau apa-apa yang semakna dengannya, adalah dianggap tidak harus, pada persetujuan para Ulama. Walaupun seseorang itu mengucapkan tahniah di dalam keadaan bersih daripada mana-mana aspek kufur, ia tetap dianggap terlarang kerana tahniah itu adalah ucapan kita ke atas dosa-dosa besar seperti minum arak, berzina dan lain-lain perbuatan keji yang menjadi intipati perayaan tersebut. Ramai di kalangan mereka yang tidak begitu menjaga agama melakukan perbuatan seperti ini (mengucapkan tahniah) di dalam keadaan mereka tidak mengetahui betapa besarnya kejahatan yang mereka lakukan. Barangsiapa yang mengucapkan tahniah kepada seseorang atas mana-mana dosa atau kekufuran yang dilakukannya, maka dia telah mendedahkan dirinya kepada siksaan dan kemurkaan Allah SWT.”

Ibnu al-Qayyim juga telah menyimpulkan di dalam satu bahagian kitabnya tentang pendapat para Ulama berkaitan dengan hal ini. (Ahkam Ahl al-Dhimma, jilid 2, muka surat 722). Antara yang disebut, “Adalah tidak dibenarkan bagi para Muslim membantu golongan bukan Islam di dalam sambutan perayaan-perayaan mereka atau menghadiri majlis-majlis mereka berdasarkan kepada persetujuan para Ulama. Para ahli Fiqh yang mengikut keempat-empat mazhab yang muktabar itu juga telah menegaskan secara terang dan nyata di dalam kitab-kitab mereka. Abu al-Qasim al-Tabari menulis, “Adalah tidak dibenarkan bagi para Muslim menghadiri pesta dan hari kebesaran golongan bukan Islam kerana ia adalah dari jenis kebatilan yang keji. Jika golongan yang baik bercampur gaul dengan golongan yang jahat tanpa sebarang usaha untuk menghentikan apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat itu, maka jadilah mereka sebahagian daripada mereka yang merestui kekufuran dan berada di bawah pengaruhnya. Dan sesungguhnya kita takut terjatuh ke dalam kemurkaan Allah disebabkan oleh keramaian mereka itu.”�

Sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Setiap masa, suami tanyalah kepada isteri dan isteri tanyalah kepada suami, di manakah anak-anak kita. Jangan tidak lekatnya mereka di rumah itu, rupa-rupanya mereka sedang berbondong-bondong masuk ke lubang biawak Yahudi dan biawak Nasrani.

Ibn al-Qayyim juga menyatakan bahawa Ibn Al-Qasim tidak menyukai orang Islam memberikan hadiah kepada orang Kristian semasa perayaan mereka. Beliau menganggap perbuatan ini sebagai memberikan penghormatan kepada perayaan itu, dan membantu orang Kristian berkenaan berkekalan di dalam kekufurannya.

Al-Baihaqi yang merupakan ahli Hadith bermazhab Syafie, meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Abdullah ibn Umar R.A. menyebut “Barangsiapa yang tinggal di tanah air bukan Islam dan sama-sama menyambut perayaan-perayaan mereka serta berkelakuan seperti mereka sehingga dia mati, maka dia akan dibangkitkan bersama golongan Kuffar berkenaan pada hari Kiamat.”

Sesungguhnya kenyataan-kenyataan para Ulama ini menjadi amaran kepada diri kita agar tidak sewenang-wenangnya menelan segala yang ditemui di sini. Ada sesetengah kehidupan yang mana terdapat di tengah-tengah manusia yang hidupnya adalah pesta, gembira, joli sana dan joli sini tanpa menunggu hari dan masa yang tertentu. Oleh itu hendaklah kita berusaha memelihara diri dan Iman agar tidak mudah terkesan dengan perang psikologi 24/7 ini. Artikel ini tidak bermaksud untuk membincangkan tentang asal usul perayaan Valentine kerana kita boleh memperolehinya secara meluas menerusi internet.

Akan tetapi maksud perbincangan kita di sini adalah untuk mengingatkan diri tentang jati diri kita sebagai Muslim. Integrasi antara kaum dan rakan taulan tidak menuntut diri kita untuk sampai terheret kepada kemurkaan Allah SWT. Bahkan golongan bukan Islam juga tidak berhasrat untuk memberikan apa-apa manfaat kepada kita menerusi perayaan mereka melainkan ia akan berakhir dengan kita dan mereka, sama-sama terjerumus ke lembah yang hina. Cuma kita sebagai orang Islam yang sangat sensitif dengan soal harga diri dan Iman, membiarkan diri terjebak ke perbuatan-perbuatan imitasi buta itu hanya mencerminkan dangkal intelektual kalau tidak mampu disebut sampai ke dangkal Islam.

Jika benar kita mahu membuktikan kasih sayang, maka buktikanlah ia menerusi cara Islam yang halal, indah, penuh barakah dan tiada kesan sampingan. Tanpa perlu menunggu 14 Februari, berkahwin adalah Sunnah Nabi SAW, yang jika kita serius ke arah itu, susunkanlah agenda hidup ke arahnya dengan baik. Usahlah dibazirkan wang untuk membeli bunga ros, kad-kad ucapan, atau candle light dinner di restoran-restoran mahal, kerana semua itu adalah keindahan yang menjadi pagar-pagar kemurkaan dan neraka Allah SWT. Kumpulkan wang dengan baik, beli buku yang mengajar cara hidup rumah tangga Islam dan laluilah 14 Februari ini seperti kita melalui hari-hari yang lain, iaitu dengan mengulangkaji pelajaran, menghadiri majlis-majlis ilmu, beribadah dan berlumba-lumba mengejar kebaikan.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan untuk kita semua.
Wallahu A'lam bi As-Sawaab.

www.iLuvislam.com
Abu Saif *
editor : everjihad

Remaja Berakhlak di bawah Panji-Panji Nabi Yusuf a.s


Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.

Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan artis sebagai sanjungan dan ikutan, bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Dengan mudah mereka menyerah kepada seseorang lantaran runtunan hawa hafsu.

Budaya barat bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah menjadikan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yg begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiah islam, mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.

Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi dalam suasana negara dan pemerintahannya mengabaikan peraturan Allah SWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjerumus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang berpegang teguh dengan hukum Allah SWT sahaja akan selamat daripada segala bencana itu.



Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman, serta berakhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi. Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di padang Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan "selamat datang wahai para remaja yang baik".

Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang abadi di Akhirat kelak.

Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu di sebelah kanan. Untuk mereka, disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah Taala menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukmin, berakhlak, sabar dan mempunyai ilmu pengetahuan. Nabi Yusuf terpilih menjadi ketua para belia yg baik budi pekerti kerana Baginda adalah seorang Nabi yg sangat kacak dan tampan.

Ketampanannya menggoda ramai wanita, hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu. Ulamak tafsir menyifatkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam Al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama "Surah Yusuf", yang bukan sahaja menceritakan paras rupa Nabi Yusuf yang tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan Baginda. Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termasyhur, iaitu Nabi Yusuf AS.

Bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan hati Baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang berjaya menghadapi segola godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf di bawah panji-panji hijau di Akhirat kelak. Setelah itu, Allah SWT memuliakan orang-orang yang menjalinkan hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan hati yang ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana sifat yang terpuji itu. Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan pemusuhan.



www.iluvislam.com
dihantar oleh : yati87*

editor : IskethaykaL


*dipetik daripada buku "Nota Kepada Diri" karya Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Dipimpin atau Memimpin

Setiap individu yang berfikiran waras dan matang haruslah sentiasa bersedia dan kehadapan dalam isu-isu memilih pimpinan ini, mengenal seseorang pemimpin melaui sikap, kecenderungan dan kekuatan pemimpin itu haruslah menjadi salah satu resepi bagaimana seseorang individu menilai bakal pemimpin yang mereka inginkan.

Tidak kira siapapun, kita diberi Allah S.W.T kelebihan masing-masing, samada kita diberikan kuasa selaku pemimpin, kita harus adil kepada diri sendiri dan orang dibawah kita, samada kita selaku orang yang dipimpin kita punya hak untuk menjadi rakyat yang matang dan profesional dalam menilai pemimpin kita.

Samada DIPIMPIN atau MEMIMPIN semuanya harus kembali kepada ALLAH S.W.T, yang lebih MAHA BERKUASA kepada hambaNYA.

Ramuan Memilih Pemimpin

Ada yang mengatakan kita harus memilih pimpinan yang benar-benar mengikut ciri-ciri Muslim sejati dan “Perfect”, ada pula yang berpendapat seseorang pimpinan itu haruslah bijak pandai dalam pelajaran dan ada pula yang berpendapat pemimpin itu dipilih kerana hubungannya dengan rakyat bawahan serta macam-macam lagi kaedah yang begitu subjektif untuk kita membenarkan ia sebati dan sempurna bila diadun.

Bersikap adil pada kehendak sosial haruslah difikirkan dengan lebih terbuka dikalangan kita. Menjadi “Juri” merupakan salah satu pilihan yang harus dipilih oleh kita sebelum menjadi “Hakim” terhadap pimpinan yang bakal dipilih.

Keadaan masyarakat, suasana sosial, kehendak sekeliling haruslah diambil kira dalam menilai siapakah pimpinan yang bakal menerajui sesebuah oraganisasi itu.

Silap Memilih, Hancur Bersilih

Silap menilai untuk memilih pemimpin yang terbaik seringkali menjadi kesalahan utama buat kita. Kesannya cukup-cukup terasa bila anda berada disisi pimpinan. Inilah kesilapan yang benar-benar membuatkan sesebuah organisasi itu hancur bersilih ganti, bila “warisan” ini dikekalkan dan diturunkan ia tidak mampu menjanjikan sesuatu perubahan, malah ia “menjanjikan” satu keadaan yang amat kucar-kacir.

Kerana simpati dan menjaga dasar-dasar persahabatan yang ikatannya yang dikatakan lebih dari saudara, kita sanggup menggadai kepentingan sosial yang jauh lebih utama untuk difikirkan dan dek kerana kemahsyurannya, kita kehilangan dan seolah-olah buta melihat manusia lain yang jauh lebih berbakat dan dek kerana secubit jasa yang kita pernah terima, kita tertutup minda untuk menilai pimpinan yang kita pilih dengan lebih mendalam.

Ianya jadi beban, beban yang berat bagi mereka yang merasai. Tidak dinafikan ianya cukup-cukup susah dan kritikal untuk dinilai, namun ianya satu yang subjektif untuk kita kaji serta huraikan dengan lebih terperinci siapakah pimpinan yang bakal kita pilih dan ianya bukan objektif untuk terus kita tentukan.

Itu kelebihan perkara yang subjektif. Tidak perlu tepuk dada tanya selera. “ketuk hati dan akal, selera itu pelbagai-bagai”.

"Walk The Talk"

Penghayatan pada bicaranya dan bertindak mengikut bicaranya kemudian merubah bermula dengan dirinya sendiri. Siapapun kita bila menjadi pemimpin, kaedah ini haruslah dijadikan sandaran yang terbaik dalam melaksanakan “kerja” yang diberi.

Kita haruslah berani untuk menjadi seorang yang mampu melaksanakan perubahan didalam organisasi yang diceburi. Bekerja di atas dasar “tradisi” membuatkan organisasi berada di tampuk yang lama. Statik dan susah berubah.

Berubah merupakan kunci yang cukup-cukup penting dalam sesebuah kepimpinan, ia juga merupakan salah satu perkara yang harus diambil kira oleh mereka yang dipimpin untuk merubah pimpinan yang benar-benar berjaya. Memilih pemimpin adalah kerana prinsip, falsafah dan nilai yang mereka perjuangkan untuk rakyat. Kuasa adalah amanah dan kuasa adalah tanggungjawab.

Sejarah Satu Pengajaran

Sejarah mendidik kita untuk jauh menilai sesebuah kepimpinan itu dengan lebih matang dan terbuka. Walaupun hanya diperingkat bawahan, namun nilai dan pengajaran dalam sejarah kepimpinan harus diambil kira dan dihayati.

Sejarah membuktikan keberjayaan sesuatu bangsa dan negara itu bukanlah hadir semata-semata kerana kemajuan dan kemodenan semata-mata, namun sikap moral dan sosial sesebuah bangsa yang dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar berprinsip teguh yang menjadikan negara itu maju dan berjaya.

Apabila Saidina Abu Bakar Al-Sidiq dipilih menggantikan tampuk pemerintahan Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar berucap di tengah-tengah rakyatnya .
“Saya telah diangkat menjadi ketua saudara sekalian walaupun saya bukanlah orang yang terbaik di antara saudara. Sekiranya saya berbuat baik, berikanlah pertolongan kepada saya, dan sekiranya saya melakukan kesalahan, betulkanlah kesalahanku itu. Ikutlah saya selagi saya menuruti perintah Allah dan Rasulnya, dan sekiranya saya mengingkari (perintah) Allah dan Rasulnya, saudara sekalian tidaklah patut taat kepadaku lagi.”

Konsepnya cukup cantik dan sempurna. Rendah diri dan berpegang pada prinsip membuatkan pemimpin itu disegani rakyat dan disayangi, dek kerana keluhuran budi yang pemimpin itu miliki, negara yang asalnya “ARANG HITAM” bisa bertukar menjadi “BERLIAN MEWAH”.

Kita selusuri pula sejarah pemerintah-pemerintah yang digulingkan rakyat, semuanya kerana apa? Semuanya kerana kesalahan yang pemimpin itu sendiri tidak mampu selindungkan, dinaikkan hanya kerana kerana nama serta dilantik hanya kerana kemahsyuran, bukan pada prinsip, idea dan perjuangan demi rakyat.

Betapa hinanya Ferdinand Marcos di Filipina yang digulingkan melalui “kuasa rakyat” kerana kesilapannya menjadi pemimpin, beliau “diratah” rakyatnya kerana membencikan beliau dan inilah juga caranya Presiden Suharto terpaksa meletakkan jawatannya setelah dipaksa oleh protes popular rakyat Indonesia begitu juga kisah maharaja Syah di Iran yang dijatuhkan takhtanya akibat revolusi rakyat Iran, semuanya kerana apa?

Tanpa prinsip dan kebijakan bersosial, siapapun boleh jatuh. Kini kita sudah jauh dihadapan, warga muda haruslah memandang jauh kehadapan. Kualiti pemikiran kita yang benar-benar matang merupakan ukuran asas untuk kita menentukan dunia masa akan datang. Segala terletak di tangan kita dan di AKAL FIKIRAN kita. Tiada manusia yang sempurna, namun tidak salah mempelajari kesempurnaan. Sekadar sumbangan fikrah untuk dihayati dan didengari.


www.iluvislam.com
oleh: lutfihafifi
Editor: deynarashid