Anak Pendidik Darul Iman Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

JANGAN MERAJUK WAHAI DAIE...

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa....

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. .

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"
(Al-Furqan:56- 57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa' :87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

KISAH BAPA,ANAK DAN MURAI

Pada suatu petang,seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pengajian tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan keadaan di sekeliling mereka.

Tiba-tiba seekor burung murai hinggap di pokok ranting yg berhampiran.Si ayah lalu menuding jari ke arah burung murai sambil bertanya,"Nak,apakah benda itu..??"

"Burung murai."jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian mengulangi lagi soalan yg sama.

Si anak menyangkakan si ayah kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung murai, ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yg sama. Si anak berasa agak keliru dan sedikit runsing dgn soalan yg sama diulang-ulang,lalu menjawap dengan lebih kuat,"Burung murai!!"

Si ayah terdiam seketika.Namun tidak lama kemudian bertanyakan lagi soalan yg sama sehingga si anak hilang sabar dan menjawab dgn nada yg hendak tidak melayan si ayah,"muurai lah ayah....".

Tetapi agak mengejutkan si anak,apabila si ayah ingin lagi bertanyakan soalan yg sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan marah.

"Ayah!!!Saya tidak tahu sama ada ayah paham atau tidak.Saya sudah memberikan jawapannya sebanyak lima kali. Apalagi yg ayah hendak saya katakan..??? Itu burung murai, burung murailah....",kata si anak dengan nadi yg sungguh marah.

Si ayah terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si anak yg terpinga-pinga.Sebentar kemudian si ayah keluar dgn membawa satu benda di tangannya.Dia memberi benda itu kepada anaknya yg masih geram dan tertanya-tanya.Ianya diari lama.

"Cuba kau baca apa yg ayah tulis di dalam diari itu",pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yg berikut:

"Hari ini aku di halaman rumah melayan karenah anakku yg genap berumr 5 thn.Tiba-tiba seekor murai hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah murai itu dan bertanya,"Itu apa ayah..??".Dan aku menjawab,"burung murai.."

Walau bagaimanapun,anakku terus bertanyakan soalan yg sama dan setiap kali aku menjawab dengan jawapan yg sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya soalan yg sama,dan demi cinta serta sayangkannya aku terus menjawab utk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap itu menjadi satu pendidikan yg berharga."

Setelah selesai menbaca perenggan tersebut,si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yg sayu.Si ayah dengan perlahan berkata,"Hari ini ayah baru bertanyakan soalan yg sama sebanyak lima kali,dan kau telah hilang sabar dan menjadi marah."

Pengajaran: Kasihilah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup.. Doakan kesejahteraan mereka... Bimbing diri untuk jadi anak yang soleh..