Anak Pendidik Darul Iman Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

RAYA LAGI!!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...............
Apa khabar warga pendidik darul Iman?? Harap semuanya sihat belaka, tambahan pula di bulan RAMADHAN AL MUBARAK yang mulia ini.........

Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar dah hampir sembilan hari kita menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya ibadah puasa ini amat bermakna dalam mendidik jiwa kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang pendidik yang beriman pada masa akan datang.

Hehe, ceramah la pulak, baru nak masuk cerita...... ok, untuk pengetahuan para pelajar yang merasakan dirinya tinggal di terengganu, maka sesungguhnya, hendaklah dia mengetahui bahawa pihak APDI telah menyediakan satu peluang yang sangat cerah untuk kita pulang beraya bersama keluarga di kampung....(Terengganu ler)..... Apakah peluang peluang tersebut??? meh nok kabo.... :-)

Gini, Benonye pihok APDI ade ngejah bas free, hehe, cakap t'ganu la plak, sebenarnya, pihak APDI telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan bas free melalui Kerajaan Negeri Terengganu, di bawah kelolaan Yayasan Terengganu. ha! sape dok tahu yayasan Terengganu, disarankan pindah je dari Terengganu, hehe. gurau je....,

Akhirnya, setelah berhempas pulas memohon, akhirnya kita berjaya mendapatkan sebuah bas, yang mana perjalanannya merangkumi pergi dan balik, bukan ke Rahmatullah yer, tapi ke Terengganu untuk pulang beraya. hehe. 'seronok kan???' ha, da dapat bas free ni, lepas ni harap sangat tolong beri KERJASAMA yang sangat baik kepada persatuan.

Ok, seterusnya, jadual pejalanan kita adalah seperti berikut :-

Tarikh dan Perjalanan :
1) Dari IPGM-KPI ke Terengganu : 18hb September 2009(Jumaat)
2) Dari Terengganu ke IPGM-KPI : 26hb September 2009(sabtu)

Masa :
1) Jam 9.00 malam (Berkumpul di Garaj bas).

Sekian sahaja untuk makluman bersama. Don't worry, ada lagi ni..........hehe
0 Responses