Anak Pendidik Darul Iman Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

Laporan Rehlah APDI 2009

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan inayahNya dapat lagi saya melaksanakan amanat yang telah dipertanggungjawabkan ini. Sejuta kemaafan dipohon kerana terlambat menyediakan laporan ini. Merenung alam ciptaan Illahi yang terhampar hijau di hadapan mata, mengatur nafas dengan bayu pagi selembut sutera ini membuatkan saya terfikir, alangkah bertuahnya saya diberi keizinan oleh Allah swt untuk menatap dunia ini bagi keberapa ribu harinya ini.

Syukur ke hadrat Illahi atas kejayaan bersama Pimpinan Anak Pendidik Darul Iman IPG Kampus Pendidikan Islam yang telah menganjurkan Program Rehlah APDI 2009. Program yang bertemakan ‘Mencerdaskan Fikrah, Mengharmonikan Ukhuwwah’ menyingkap sejuta harapan untuk mengumpulkan semua anak Terengganu di bumi IPG Kampus Pendidikan Islam seterusnya mengeratkan ukhuwwah dalam kalangan ahli APDI sendiri.

Lebih kurang sebulan sebelum program bermula, Jawatankuasa APDI yang dipimpin oleh Saudara Muhammad Fudhail Haji Razak telah berbincang mengenai perjalanan program ini. Bermula dari kertas kerja program hingga ke kebajikan para peserta rehlah, semua perkara ini dititikberatkan untuk memastikan program kali ini berjalan dengan lancar. Walaupun dalam kesibukan menghadapi Peperiksaan Akhir Semester, JK APDI mencuri masa-masa yang terluang untuk menjayakan Rehlah APDI 2009. Surat penyetujuan untuk menyertai program diserahkan kepada wakil-wakil batch untuk diedarkan kepada ahli-ahli batch mereka. Akuan balas dari ahli-ahli APDI agak menggalakkan. Menjelang cuti akhir tahun, JK APDI membuat tinjauan terhadap resort yang menjadi pilihan untuk rehlah kali ini. Sekali lagi wakil setiap batch diminta untuk memberi peringatan tentang rehlah kepada ahli-ahli batch mereka. Ketika itu, respon via sms agak mengecewakan.. “maaf,, saya tak dapat pergi rehlah.. ada urusan keluarga”… titt… tittt.. satu lagi sms diterima.. “saya tak dapat pergi rehlah,, ibu bapa saya tak benarkan.. lagipun,, ni kan musim hujan”… hhmmmm… agak menghampakan. Ya Allah, tujuan kami adakan rehlah ini baik.. Untuk mengeratkan ukhuwwah antara ahli.. Permudahkanlah Ya Allah.. Ya Allah.. Kalau Kau kata jadi,, maka Jadilah!.. titt.. titt.. “salam.. insyaAllah,, saya akan hadir rehlah ini”.. Alhamdulillah.. ada juga sms yang diterima membawa berita baik kepada kami.. Sampai 18hb Disember,, kami berjaya mengumpulkan lebih kurang 50 orang ahli APDI yang akan menyertai Rehlah APDI kali ini. Alhamdulillah.

Tanggal 19-21 Disember 2009 bersamaan 2-4 Muharram 1430H, Rehlah APDI telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bidong View Beach Resort, Kuala Terengganu.

Uniknya, semua peserta dikehendaki berkumpul di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu tepat jam 10 pagi pada 19 Disember 2009 membuktikan harapan yang tersurat di hati penganjur agar ukhuwwah antara ahli dapat dilestarikan sebelum program bermula lagi. Jam 11 pagi, bas yang dinaiki bergerak ke destinasi yang dituju iaitu Bidong View Beach Resort. Bas tiba pada pukul 11.50 pagi. Setelah itu, semua peserta rehlah dibahagikan bilik penginapan masing-masing. Kami diberi masa rehat dan solat zohor dan dikehendaki berkumpul semula untuk makan tengah hari pada pukul 2 petang. Perut dah berkeroncong, sajian dah terhidang.. tunggu makan je.. Alhamdulillah, sajian tengah hari ini enak sekali. Selepas makan, taklimat ringkas telah diberikan oleh Pengerusi APDI.. Selepas solat Asar, semua peserta berkumpul semula di tepi pantai walau cuaca tidak berapa mengizinkan. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas. Berpegang kepada pepatah inilah, kami melakukan sedikit riadah ringan lagi santai. Banyak hikmah yang tersirat di sebalik apa yang baik untuk diri kita.

Selepas solat Maghrib, peserta rehlah sekali lagi dikehendaki berkumpul untuk bacaan Yasin dan makan malam bersama-sama. Pada sebelah malamnya, tiada aktiviti dilakukan. Para peserta hanya berehat di bilik penginapan masing-masing. Ada juga yang mengambil peluang untuk berkunjung ke bilik ‘jiran-jiran’ mereka. Ini lah yang dimanakan pengikat ukhuwwah. Suasana sekitar resort sunyi sepi menjelang jam 12 tengah malam. Mungkin agak keletihan, para peserta mengambil masa yang ada ini untuk merehatkan diri masing-masing.

Qum,, taqarrub IlaAllah!.. Pagi 20hb Disember.. Alhamdulillah. Pagi yang indah, kami masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara yang segar kurniaanNya. Suasana mula ‘meriah’ menjelang jam 6.30 pagi. Pada pukul 7 pagi, para peserta berkumpul di tepi pantai menantikan agenda seterusnya rehlah kali ini. Peserta dipanggil untuk naik ke surau resort. Sampai di pintu masuk, setiap peserta dibahagikan dengan cebisan kertas surat khabar kecil.. “untuk apa kertas ini?”.. “aktiviti apa pulak kali ni?”.. Persoalan-persoalan ini bermain-main di kotak fikiran para peserta.. “Semua dikehendaki mengambil tempat duduk masing-masing”, saudari Hidayah bersuara. “tujuan kami memberi cebisan kertas ini adalah untuk membina kumpulan dalam kalangan kalian.. kalian dikehendaki menggabungkan kertas-kertas surat khabar ini membentuk satu muka surat akhbar.. maka,, itulah kumpulan kalian.. saya tak nak kamu asyik duduk je dengan ahli rumah penginapan kamu”, saudari Habshah bersuara lantang sekaligus menjawab segala persoalan yang bermain di benak fikiran para peserta.. Para peserta sibuk mencantumkan akhbar dan hasilnya, para peserta dibahagikan 5 orang dalam satu kumpulan. Seterusnya, setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas mahjung, kertas warna, gunting dan gam.. Setiap kumpulan dikehendaki membina logo kumpulan masing-masing dalam masa 15 minit. Bermacam ragam,, bermacam gaya ditunjukkan oleh setiap peserta.. Hasilnya dapat disimpulkan bahawa ahli-ahli APDI ni memang kreatif. Tepat jam 8.20 pagi, semua peserta berkumpul di tempat makan untuk bersarapan. Aroma mee goreng bersama air teh menusuk rongga hidung menyebabkan perut kami yang belum terisi berkeroncong. Setelah bersarapan, semua peserta dikehendaki berkumpul untuk aktiviti sukaneka. “wow,, best nya.. sukaneka di tepi pantai”, terdengar suara yang keluar ikhlas dari hati peserta.. Sukaneka tamat jam 11 pagi dan tibalah slot yang ditunggu-tunggu iaitu slot pembentangan dari setiap kumpulan. Apa motif mereka meletakkan gambar penyu,, gambar kapal dan sebagainya dalam logo kumpulan?.. Pelbagai jawapan yang diberikan oleh para peserta membuktikan bahawa minda setiap ahli tidak pernah kering dengan idea-idea yang bernas. Aktiviti pada tengah hari itu tamat pada pukul 12 tengah hari dan para peserta balik ke tempat penginapan.

Selepas menunaikan solat zohor, para peserta Rehlah APDI 2009 bergegas ke tempat makan untuk makan tengah hari bersama-sama. Seusai tiba di tempat makan, “emm… sedapnya ayam masak merah menu kita hari nie,” timbul ungkapan perkataan-perkataan yang membentuk satu ayat ini dari bibir salah seorang para peserta. Selepas makan tengah hari, kami disajikan dengan aktiviti yang sangat menarik. Kotak Beracun!.. Mainan yang biasa tetapi telah di’luar biasa’kan oleh ajk pengisian. Para peserta diasingkan antara lelaki dan perempuan. Kami dikehendaki untuk duduk dalam satu bulatan. Satu bekas yang berisi cebisan-cebisan kertas kecil di’passing’kan dalam bulatan dan dalam masa yang sama, muzik dimainkan. Apabila muzik berhenti, siapa yang memegang bekas yang berisi cebisan kertas tersebut hendaklah mengambil satu daripada cebisan kertas tersebut lalu menyiapkan tugasan yang diberikan.. Agak malang bagi yang tidak dapat melaksanakan tugasan tersebut, mereka akan di’hidang’kan dengan hidangan yang amat menyelerakan. Asam jawa bersama gula!.. erm.. sedap tu… Permainan ini berakhir jam 3.30 petang. Para peserta pulang ke tempat penginapan masing-masing untuk menunaikan solat Asar dan berehat.

Selepas Asar, semua peserta sekali lagi berkumpul di gigi air pesisir laut. Apa pula aktiviti yang menanti kita petang ni?. “semua peserta dikehendaki berada bersama ahli rumah penginapan masing-masing. Kita akan membina istana pasir,” sayup-sayup kedengaran suara saudari Raihani dalam gelombang angin petang yang mengasyikkan. Istana pasir?! Best nya.. Gelagat yang ditunjukkan oleh para peserta amat menghiburkan hingga bisa mengubat hati yang rawan. Ada yang berlari-lari anak ke gigi pantai untuk mengambil air. Ada juga yang berjalan di pesisir pantai untuk mencari hiasan yang sesuai untuk ‘istana’ mereka. Ada juga dalam kalangan peserta yang bercerita sambil membina ‘istana’ impian mereka seolah-olah mereka bakal tinggal di istana itu nanti.. aduh.. macam-macam ragam.. Sekilas pandang.. seperti anak kecil yang baru bertemu dengan pasir pun ada. Tatkala senja melabuhkan tirainya, burung pulang ke sangkarnya, para peserta pulang ke tempat penginapan masing-masing untuk menyucikan diri seterusnya mendekatkan diri kepada Penciptanya.

Selepas menunaikan solat maghrib, peserta lelaki ‘turun padang’ untuk menunjukkan kepakaran mereka dalam membakar ayam. Mereka bermandi asap untuk memastikan menu yang mereka sediakan dapat dinikmati oleh semua peserta rehlah. Selepas menunaikan solat isya’, semua peserta berkumpul di tempat makan untuk menikmati sajian enak nasi goreng dan ayam bakar. Sungguh menyelerakan. Selepas makan, para peserta mengambil peluang untuk mengecapi keindahan panorama malam di pesisiran pantai.

Di kala embun pagi menitis, sang matahari belum memancarkan sinarnya, udara dingin menggigit sendi muda.. ahli APDI menangguk air suci berwudhu’ untuk mengakrabkan diri kepada Allah swt dalam pertemuan Subuhnya. Tatkala fajar menyingsing, matahari mula menampakkan sinarnya, ada dalam kalangan para peserta yang sudah berada di tepian pantai untuk menyaksikan kekuasaan Tuhan yang menerbitkan matahari dari sebelah timur. Hidangan nasi lemak membangkitkan selera para peserta menarik mereka untuk mengambil tempat masing-masing di tempat makan seterusnya bersarapan pagi bersama-sama.

Sayonara na.. tiba masa untuk majlis penutup. Pada pukul 9.45 pagi, majlis penutup ringkas telah diadakan di tempat makan Bidong View Beach Resort. Seterusnya para peserta berkumpul untuk sesi fotografi. Pelbagai ragam dirakam untuk diabadikan dalam memori Rehlah 2009. Semoga ukhuwwah yang terjalin erat dalam Rehlah APDI 2009 terus mekar hingga ke titian Firdausi.. InsyaAllah..

Salam Ma'al Hijrah dari Pimpinan APDI....



Bersama Menghayati Semangat Hijrah Nabi...

Awal Muharram adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.Salam Awal Muharam.

www.iLuvislam.com
Suhail Ahmad*
editor : kasihsayang


Rehlah APDI 2009

SELAMAT DATANG KE REHLAH APDI 2009!!!

Rehlah APDI akan berlangsung di Bidong View Beach Resort.. Terbuka untuk semua ahli APDI.. Tiada yuran dikenakan untuk program ini.. Jom ramai-ramai kita meriahkan Rehlah APDI 2009.. Banyak aktiviti menarik menanti anda di sana… Jangan lupa… 19-21 Disember 2009..

Jumpa anda di sana…

JAWATANKUASA PELAKSANA REHLAH APDI 2009

JAWATANKUASA PELAKSANA REHLAH APDI

AJK Perhubungan dan Penginapan
Muhammad bin Mustafa
Nuriati binti Abdullah

AJK Pengangkutan
Muhammad Fudhail bin Haji Razak
Ahmad Solehin Rezha bin Mustafa Kamal

AJK Makanan
Raihani binti Ramly
Siti Nuraisyah binti Khairul Fahmi
Asma’ bin Abdul Razak

AJK Pengisian
Muhammad Abdul Rahman bin Salleh
Muhammad Syafiq bin Mat Yasin
Habshah binti Mohd Ibrahi
Nur Ilyana Amani binti Mohd Nasir

AJK Tugas-Tugas Khas
Mohamed Ridzwan bin Ahmed
Mohd Qhairil Anwar bin Azhar
Fikri Hanafi bin Mohamad Arifin
Syakir bin Mat Rani

Perjalanan Rehlah APDI

Assalamualaikum wbt...

Kepada semua ahli APDI yang akan mengikuti Rehlah APDI pada 19-21 Disember 2009 di Bidong View Beach Resort,, sila ambil perhatian...

Anda dikehendaki berkumpul di Dataran Shahbandar dan akan menaiki bas untuk ke Bidong View Beach Resort pada jam 10 pagi (19 Disember 2009).. Perhatian kepada ahli-ahli yang selain dari daerah Kuala Terengganu ( Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), sila pastikan anda berada di Dataran Shahbandar pada jam 10 pagi dan maklumkan kehadiran anda kepada wakil batch masing-masing..

PISMK OUM - MOHD AZMIL ABDUL HANID
PISMP SEM 6 - MUHAMMAD ABDUL RAHMAN B. SALLEH
PISMP SEM 4 - HABSHAH BT MOHD IBRAHIM
PISMP SEM 2 - NOR HASIMAH BT AHMAD
PPISMP SEM 3 - ASMA' BT ABDUL RAZAK
PPISMP SEM 1 - NUR ILYANA AMANI BINTI MOHD NASIR

Kerjasama dari semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih..

Indahnya Cinta kerana Allah

"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan angin bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh Jangi Dost sendirian lalu melabuhkan punggungnya ke tebing sungai. Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan Jilan adalah sebuah pekan kecil yang di negeri Parsi. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Beliau berasal daripada keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.

Semasa Abu Salleh sedang berzikir, dia terpandang sebiji epal yang hanyut di bawa arus sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak semalam berbunyi beberapa kali. "Mungkin ini rezeki saya," bisik Abu Salleh kepada dirinya sendiri lalu mengambilnya. Tanpa bertangguh lagi, beliau mengharungi sungai cetek itu dan mencapai buah epal yang dibawa arus. "Inilah rezeki saya hari ini."

Abu Salleh memakan epal itu sehingga habis. Tiba-tiba, beliau berdiri dengan wajah pucat lesi. "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Milik siapakah epal ini?" Anak muda itu merenung seketika ke arah hulu sungai. "Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai." Sebaik sahaja menarik nafas, kakinya melangkah menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati ke sekeliling kanan dan kiri sungai sekiranya ada pokok epal di situ. Jauh beliau berjalan meninggalkan pekan Jilan yang sudah tidak kelihatan lagi. "Langsung tidak kelihatan walau sepohon pokok epal." Kakinya semakin lemah. Namun, beliau terus melangkah sehingga akhirnya sampai ke sebuah ladang epal yang sangat luas. "Syukurlah! Akhirnya saya menemui sebuah ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemui tuannya." Abu Salleh melangkah lemah terus memasuki ladang epal dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah Sawmai berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga.

"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya makan," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah. Beliau menceritakan segala hal keterlanjurannya memakan sebiji epal tanpa usul periksa siapa pemiliknya. Sheikh Abdullah mendengar dengan teliti setiap apa yang diceritakan kepadanya. Matanya memerhati dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang Abu Salleh bercerita. Sebaik sahaja Abu Salleh habis bercerita, Sheikh Abdullah tersenyum. Syeikh Abdullah menarik nafas panjang dan berkata, "Saya dapat memaafkan saudara dengan satu syarat." "Katakanlah apa syarat itu? Saya cuba memenuhinya," jawab Abu Salleh. "Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun." Tanpa banyak soal, Abu Salleh menganngguk dan menyatakan persetujuannya. Keesokan harinya, bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu sehingga dua belas tahun lamanya.

Akhirnya, tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkan epal yang saya makan itu." "Saya mengenakan satu lagi syarat kepada saudara." Balas Abu Salleh, "Katakanlah syarat itu, saya tunaikan." "Syaratnya adalah saudara mesti mengahwini puteri saya." Terkebil-kebil mata Abu Salleh mendegar syarat kedua yang dituturkan pemilik ladang epal itu. "Tetapi biarlah saya berterus terang berkaitan dengan keadaan puteri saya itu." "Katakanlah. Saya cuba patuhinya." "Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua?" Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan memberikan sebuah senyuman. "Saya mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."

Pada hari yang ditetapkan, majlis perkahwinan antara Abu Salleh dan Ummu Khair dilangsungkan. Pada malam perkahwinan, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam kepada isterinya yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Sebaik sahaja isterinya menoleh menyambut salamnya dan melihat ke arahnya, Abu Salleh terkejut. "Bukankah bapa mertuaku mengatakan isteriku seorang yang lumpuh, buta, pekak dan bisu?" Abu Salleh tersentak. Beliau segera beredar meninggalkan bilik pengantin yang dihias indah merayakan pernikahan mereka lalu berlari ke ruang tamu mencari bapa mertuanya. "Adakah perempuan lain di dalam bilik pengantin?" Sheikh Abdullah tersenyum, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itulah puteri saya, Ummu Khair Fatimah." "Bukankah isteri saya lumpuh, buta, pekak dan bisu?"

Sheikh Abdullah mengangguk dan tersenyum. "Saya mengatakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara terlarang. Saya katakan dia busu kerana tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan perkara yang sia-sia."

Wajah Abu Salleh yang kebingungan kemudian berseri-seri. Bibirnya mengukir seribu senyuman mendengarkan kata-kata Sheikh Abdulah. Abu Salleh menadah tangan, "Ya Allah, hamba mengucapkan syukur yang tidak terhingga." Hasil perkahwinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud menghidupkan agama.

www.iluvislam.com
dihantar oleh: Rasailul Aswaq
editor : everjihad



Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!!

Emm... Bosan erk masa cuti nie... Macam tak de pape nak buat je... Asyik duk rumah je... Bangun tido.. Makan... Tengok TV... Chatting.. Tido balik... Aduh... Boring laa macam nie... Dah la hujan... Hmmm...

HAAAAAA!!!!!!!!!!.......
Rehlah APDI dah semakin hampir... Jom kita meriahkan Rehlah APDI ... Banyak aktiviti menarik menanti anda di sana... 19-21 Disember 2009 di Bidong View Beach Resort.. Pastikan anda menghadirkan diri ke rehlah nie... Jangan lupa!!!

JUMPA DI SANA......

Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!! Rehlah!!!

Rehlah APDI

Bila bertalu, rentak di kalbu..
Hasrat yang tersirat semakin ku buru...
Bila bergema, laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda!!

Rehlah APDI hampir tiba!!


Hah?! Rehlah APDI?? Ape tu???
-Owh.. Rehlah APDI nie satu percutian untuk ahli APDI yang bakal dilangsungkan dalam cuti akhir tahun nie..

Abis tu.. Emm.. Bile tarikhnye??.. Kat mane??
-Haa... Rehlah APDI akan berlangsung dari 19 hingga 21 Disember 2009 nie. Alaa.. nak mudah ingat.. sehari selepas cuti 1 Muharram.. INGAT!!! Tempatnya kat Bidong View Beach Resort..
Tempoh percutian nie 3 HARI 2 MALAM...

Hmm... Cam best je. Apa aktiviti yang menarik?
-Hehehe. Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah, ******, dan ******* ******, serta ******** ***** *******, ****** *** *******, termasuk juga *******. Oh ye, jangan lupa, ****** **********.

Hek eleh! Semua kene censor ke??
-Hmm! *angguk, angguk!* Misteri! Kene pegi rehlah baru taw ape yang censor sgt tu.. Huhuhu... Nantikan ya!

Tp.. cmane kami nk ke sana??
-Oh yea.. yang dari daerah KT.. boleh datang sendiri,, kan?..
Yang dari daerah lain tu.. akan dimaklumkan kemudian.. Jangan risau... sesungguhnya APDI sentiasa menjaga kbajikan ahlinya..

Haa.. ni yang sabor2 nk pegi nie..

*Maaf.. Bahasa yang digunakan tidak standard

REHLAH APDI

Tarikh : 19-21 Disember 2009
Tempat : Bidong View Beach Resort


JUMPA DI SANA....!